Indeks
I. Pengenalan
III. Galeri Ilham
IV. Aquria KLCC
V. Menara KL
VI. Pasar Seni
VII. Kesimpulan
Pengenalan
Sejak kebelangan ini, acap kali kita terdengar tentang fasiliti di Kuala Lumpur yang kurang mesra buat pengguna kerusi roda. Hal ini perlulah dipandang serius oleh pihak berkuasa kerana Kuala Lumpur adalah sebuah bandar raya yang maju di Malaysia. Ya, kami di sini juga menyedari bahawa masalah ini sudah berlarutan terlalu lama... Dan ya, kami sedia membantu anda! Melalui artikel ini, kami telah mengumpulkan senarai tempat-tempat terjangkau kerusi rodanya di Kuala Lumpur untuk membantu memudahkan perjalanan anda. Jom jalan-jalan dengan kami!
Taman Botani Perdana
Taman Botani Perdana, juga dikenali sebagai Taman Botani Kuala Lumpur, adalah taman hijau yang indah yang menawarkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Untuk mereka yang berkerusi roda serta ingin bersantai dan menikmati pemandangan alam, taman ini amatlah sesuai buat anda. Hal ini kerana tempat ini menyediakan jalan yang rata dan memudahkan akses bagi pengguna kerusi rodanya.
Galeri Ilham
Galeri Ilham adalah sebuah galeri seni dan budaya yang menampilkan pelbagai karya seni dan pameran berkualiti tinggi. Terletak di Kuala Lumpur, galeri ini menjadi tempat yang popular bagi mereka yang gemarkan seni dan budaya. Di sini, kemudahan lif serta laluan yang rata dan luas boleh membuatkan semua pengguna kerusi roda berasa selesa ketika memperolehi pengetahuan baru di sini.
Aquaria KLCC
Aquaria KLCC adalah sebuah "oceanarium" yang terletak di bawah Pusat Konvensyen Kuala Lumpur mempunyai pelbagai hidupan laut dari Malaysia dan seluruh dunia. Selain itu, akuarium di sini merupakah pameran akuarium bawah tanah pertama Malaysia. Terdapat lif khas untuk pengguna kerusi roda yang tersedia dan kebanyakan pameran di sini mesra kerusi roda. Oh... Kerusi roda juga boleh disewa di sini dengan menunjukkan kad pengenalan anda. Mudah bukan?
Menara KL
Menara KL, juga dikenali sebagai Menara Kuala Lumpur, adalah salah satu bangunan tertinggi di dunia dan menawarkan pemandangan 360 darjah yang luar biasa dari ketinggian 421 meter. Jika anda gemarkan ketinggian yang mengakibatkan deruan adrenalin, tempat ini sesuai untuk anda! Tempat ini amatlah mesra buat para pengguna kerusi roda dengan adanya lif dan tandas khas untuk pengguna kerusi rodanya.
Pasar Seni
Ya, tempat ini kedengaran agak klise dan sinonim dengan para remaja yang bergaya dengan pelbagai fesyen sambil membawa bunga... Namun, tahukah anda bahawa kawasan ini juga mesra kerusi roda? Pasar Seni ialah sebuah pasar seni yang popular di Kuala Lumpur yang menjual pelbagai produk tradisional dan budaya Malaysia. Buat mereka yang berkerusi roda, jalan di sini amatlah luas dan rata serta tandas khas juga disediakan.
Kesimpulan
Walaupun sudah ada 5 kawasan yang kami promosi untuk para pengguna kerusi roda dalam artikel ini, kami masih berharap agar kerajaan menyediakan lebih banyak kawasan mudah akses bagi pengguna kerusi roda bukan saja di KL bahkan di negeri-negeri lain juga. Selain daripada pihak kerajaan, pihak pengelola juga harus memastikan bahawa semua fasiliti boleh diakses oleh semua pengunjung, termasuk mereka yang menggunakan kerusi roda. Buat pihak pengelola kawasan, kami menyarankan agar anda menyediakan lebih banyak ramp, lif, tandas yang sesuai, dan pastikan jarak antara kawasan mestilah mencukupi agar para pengunjung lain dapat memberikan laluan kepada mereka yang lebih memerlukan.
Jika anda memerlukan bantuan untuk menikmati bandar Kuala Lumpur, kami di wheelchair.my ada menyediakan kerusi roda sewa yang berkualiti dan mesra pengguna. Kami memastikan bahawa anda dapat bergerak dengan mudah dan selesa tanpa kendala aksesibiliti. Jom hubungi kami sekarang!
Comments